Wednesday, February 18, 2009

DAH TAU KE BELUM???

Rahsia Jari Kita
www.iluvislam.com
Oleh:LilaCgurl
Editor: Afdhal87


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ...
"Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "
good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila

keRaNa Mu Yang SeLaYaknya......



atas nama cinta

tika mata
diuji manisnya senyuman
terpamit rasa menyubur harapan

dan seketika
terlontar ke dunia khayalan
hingga terlupa singkat perjalanan
tersedar aku dari terlena
dibuai lembut belaian cinta

rela aku pendamkan
impian yang tersimpan
enggan ku keasyikan
gusar keindahannya
merampas rasa cinta
pada dia yang lebih sempuna

bukan mudah
bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba
menghindarkan pesona maya
kerna tak upaya ku hadapinya
andai murka-nya menghukum leka

diatas nama cinta
pada yang selayaknya
kunafikan yang fana
moga dalam hitungan
setiap pengorbanan
agar disuluh cahaya redha-nya

biar sendiri hingga hujung nyawa
asal tak sepi dari kasih-nya
kerna sesungguhnya hakikat cinta
hanya dia yang esa

saratkan hati ini dengan cinta hakiki
sehingga ku rasai
nikmat-nya
syurga-nya
cinta-nya


APE JENIS DARAH ANDA ????

TAU DOK.......??? DAROH KTE BLEH GAMBOKANG PERIBADI KITE...NI SY ADE AMBIK DR ILUV ISLAM...KALU KWANG2 TAU DOH KWANG2 DARAH JNIIH MENDE...CHECK IT OUT LA KT BWH NI YER.....
TP CAM BESE AH, MENDE2 NI UTK SUKE2 JER YER...


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?

DARAH 'O '
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ' B'
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB '
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Wednesday, October 22, 2008

SeLAmaT ARI RaYER...


Buat Cik Aida,lecturer GDF 3013 yang disayangi,..semoga belum terlambat untuk saya ucapkan ''SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN...HALALKAN SEGALA ILMU YANG DIBERIKAN...

Saturday, October 18, 2008

Assalamualaikum....



InDAHnyer DUNia KURnIAAn TUHAN MAHA ESA..


BERSYUKURNYA AKU SAAT LAHIRNYA AKU KE DUNIA...DAPAT MELIHAT DUNIAMU..HAMPARAN LUAS YANG TIDAK KU KETAHUI PENGHUJUNGNYA...YA ALLAH,BETAPA BESARNYA NIKMATMU KALA AKU BISA MENYAKSIKAN WAJAH MULIA KEDUA IBU BAPAKU,MAK AYAH...TANPA MEREKA BERDUA,DI MANA AKU...DAN APAKAH PERHARGAAN YANG INGIN KUUNGKAPKAN PADA MU YA ALLAH..TUHAN YANG MENCIPTAKAN WAJAH-WAJAH MULIA KU....


YA ALLAH, ENGKAU MENCIPTAKAN AKU SEBAIK-SEBAIK MAKHLUK MU...BETAPA SYUKURNYA AKU...NAMUN,APALAH DAYAKU,DINAMAKAN AKU INI SEBAGAI 'INSAN',LANTARAN ITU, AKU SENTIASA LUPA DAN ALPA...LUPA DAN ALPA AKAN NIKMAT NIKMATMU ITU...



YA ALLAH,INGATKANLAH AKU DI SAAT AKU MENJAUHIMU,TEGUHKAN IMANKU SAAT AKU KHIANAT PADAMU..... YA ALLAH,TOLONGLAH AKU.....AMPUNKAN AKU...YA ALLAH,SESUNGGUHNYA AKU INSAN YANG DINA YA ALLAH...BERILAH RAHMATMU DAN PENGANPUNANMU UNTUKKU...BAGIKU DI MASA LALU,KINI, HINGGA PENGHUJUNG NYAWAKU... DISAAT KAU UTUSKAN MALAIKAT IZRAIL MENCABUT NYAWAKU......KABULKAN DOA INI,YA ALLAH..AMIN
INGATLAH....
Teman..
Mungkin kita ini leka seringkali pena terlepas dari genggaman ungkapan "oppss" mendahului "Allah".Bila diri terpegun dengan keindahan alam"Subahanallah" ditutupi oleh "Cantiknya".Tatkala perut yang sudah terisi"Haa..kenyangnya" mengatasi Alhamdulillah"Adamananya berita kematian mengunjungi"Kasihannya" terucap jua..Kerana kita lupa kepada "Inna lillahi wainna ilaihi raji'un"...Adakala kita lupa Adakala kita lekaAdakala kita sengajaMungkin kerana telah terbiasa.Namun Teman..Walaupun kita lupa,leka atau terbiasaberhatilah agar apabila IZRAIL tiba membawa berita ungkapan"LAILAHA ILLA ALLAH,MUHAMMAD RASULULLAH"Tetap menjadi juara mengatasi segala kata-kata...